Social Icons

Pages

Featured Posts

Saturday 1 March 2014

Jualan 'Murah' Ikea. Memang murah tapi.....

1. Hari ini aku dan isteri buat keputusan drastik, tanpa dirancang, untuk membeli belah secara 'liar' di satu syarikat perabot terkenal sweden bernama IKEA. Aku suka panggil aktiviti shopping ini sebagai 'aktiviti terapi jiwa' sebab selalunya semua orang akan excited dan happy untuk shopping especially perempuan. So sebab tu kita panggil 'terapi', sebab dapat buat orang happy, dan bila orang happy manusia normal akan hasilkan satu rembesan hormon bernama endorfin. Endorfin ni bagus untuk awet muda dan untuk elakkan penyakit2 berbahaya.

2. So sampai saja di IKEA, kami bergegas ke galeri perabot mereka yang besar tu, dan terus menghala ke kawasan barang yang kami nak beli. Kene beli cepat sebab masing2 tengah kebulur lapar, dan untuk mengelakkan dari melakukan pembelian 'luar jangkaan'. Kami dah ada bajet iaitu cuma RM1000.

Inilah salah satu iklan promosi perabot IKEA. Memang murah. Berebut-rebut orang shopping sana macam kat Mydin Masjid India.

3. So setiap barang yang kami plan nak beli dah direkod untuk memudahkan pengambilan barang yang betul di bahagian gudang simpanan IKEA. Biasanya orang rekod pakai pensel dan kertas yang IKEA sediakan, tapi kami pakai kamera handphone je. Go green la katakan. 

4. Bila pergi je gudang nak ambil barang yang sebenar untuk dibayar, kami tengok banyak barang promosi dan murah dah habis licin. sampai takde stok lagi nak topup. So, kami terpaksa la amik apa yang ada. Sebagai contoh, meja makan RM119 yang kami nak dah habis, so kami terpaksa amik yang available dan paling murah. Harga RM 379. Perghhhh. Pasai ni je hati cheq terus jadi panaih. Begitulah seterusnya untuk barang promosi yang lain. Terpaksa amik yang mahal skit.

5. Then buat bertambah panas bila time aku nak angkat sofa dan almari yang berat2, service staff kat situ semua 'kerek'. Bila mintak tolong muka nak langsi pastu bila cakap terima kasih kat staff tersebut, terus staff tu blah tarik muka. Macam sial lah. Aku rasa mostly yang aku approach kat situ semua buat perangai camtu. Mostly semua bangsa 'Nigga' malaysia. Seriously sikit lagi aku nak tumbuk muka korg.

6. Then akhirnya bila nak bayar, boleh teka tak brape aku bayar? last2 jumlah yang aku perlu bayar adalah RM3000. perghhhhh! Ini 200 peratus dari bajet aku. Hurm. Aku pun tanpa pikir panjang swipe jelah. Terus dalam otak aku plan macam mana nak bayar hutang tu. Hahahahaha.

7. Tapi benda paling best nak tau apa? Tiba2 ada makcik tua cina datang mintak aku swipe IKEA membership card die. Macam tau2 je aku takde kad. Aku pun malas nak kedekut so aku swipe jela. Kira sedekah la kot. Die boleh la dapat voucher RM10 at certain points collected. Tapi bila aku tengok die, aku rasa die tak beli barang, die ada kat situ satu hari untuk collect point je. Then dapat voucher banyak2. Silap haribulan esok die da boleh beli sofa two seater macam aku pada harga RM500. Aku terus terkedu dan respek kat makcik tu sebab berani ambil peluang dan bijak utilize her resources. Bila pikir balik patut la Melayu banyak tak pandai meniaga dan kaya. Bukan sebab takde modal, tapi lebih sebab kepada mentaliti, attitude, and value.

Saturday 22 February 2014

Hadiah dari kerajaan Malaysia untuk rakyat Malaysia: BRIM

1. Aku terpanggil untuk menulis blog aku yang pertama dalam hidup. Rasa macam janggal sebab tak pernah tulis apa-apa pun selain karangan sewaktu ujian sekolah dan universiti. Kadang-kadang rasa macam ketinggalan zaman, tapi lantaklah. Orang jawa kata, "Better late than never".

2. Ketika post ini ditulis, rakyat malaysia rata-ratanya happy sebab bila mereka bukak akaun bank, secara 'magic' nya tiba-tiba ada duit beberapa ratus jatuh dari langit. Bila dikaji rupanya duit tu adalah pemberian dari kerajaan Malaysia kepada rakyat Malaysia. Maka, ramai lah yang bersyukur ucap syukur kepada kerajaan sebab paham rintihan rakyat. Fenomena ini dapat dilihat dengan jelas sekali dalam ruangan maya seperti Facebook.

3. Duit yang kerajaan bagi kat rakyat ini adalah hasil dari inisiatif kerajaan pimpinan Najib Razak, sebagai satu usaha untuk meringankan beban rakyat untuk menghadapi krisis kos sara hidup yang semakin tinggi, terutamanya kepada rakyat yang menetap di bandar-bandar besar Malaysia seperti Kuala Lumpur. Dilaporkan kos sara hidup pada tahun 2014 (yakni selepas PRU 2013) telah meningkat dan hampir mencecah kenaikan pada tahap 30 peratus. Jadi kerajaan percaya (walaupun ramai pakar-pakar kewangan tak percaya, termasuk aku) dengan adanya program ini, dapat lah rakyat Malaysia dalam kumpulan tertentu mengurangkan impak terhadap kenaikan kos sara hidup yang semakin tidak terkawal ini.

Orang ramai beratur untuk mengambil BRIM pada program yang pertama beberapa
tahun lepas. Sekarang baru pakai online. Maknanya penganjur program baru pakai otak? hehehe
4. Kerajaan percaya bahawa program ini dapat membantu golongan tertentu membeli barang-barang asas seperti makanan dan sebagainya. Tetapi setelah pemantauan dan ujikaji rambang dilakukan, ramai diantara mereka yang layak untuk BRIM telah menggunakan duit ihsan kerajaan ini untuk membeli barang yang bukan asas dan bukan keperluan. Ada responden menyatakan mereka membeli handphone, kasut dan malah ada juga yang menggunakan duit tersebut untuk pegi ber'jimba' dan ke kelab malam. Jadi yang menjadi persoalannya sekarang, sejauh mana keberkesanan program BRIM ini untuk membantu rakyat susah menangkis krisis kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat dari tahun ke tahun?

5. Secara peribadi, memang aku rasa program ini tiada keberkesanan terhadap rakyat Malaysia. Ini kerana objektif program ini ternyata telah tersasar dan boleh dikatakan tiada impak dapat dilihat dalam membantu menyelamatkan ekonomi setiap warga rakyat Malaysia dari krisis ini.

6. Program ini bagi aku lebih kepada duit 'gula-gula' kerajaan Malaysia untuk menghadapi pilihanraya yang lalu, dan juga untuk 'misdirect' perhatian rakyat terhadap banyak perkara yang membebankan seperti kenaikan tarif elektrik, tol, makanan asas dan juga 'the implementation of GST' kepada semua benda di Malaysia (walaupun beberapa barang kerajaan umumkan tiada GST, tapi pada hakikatnya bila dikaji, semua itu hanyalah ilusi semata-mata)

7. Secara kesimpulannya, program BRIM ini seharusnya dihentikan kerana lebih baik duit hasil cukai yang dikutip oleh kerajaan digunakan untuk mengadakan program yang lebih baik dan dapat membantu meningkat kualiti hidup dan ekonomi rakyat Malaysia secara menyeluruh dan dapat bertahan dalam jarak masa yang panjang. Kalaulah aku jumpa orang yang kelaparan, dari aku setiap hari beri dia ikan untuk makan, adalah lebih baik aku ajarkan die bagaiman cara untuk menangkap ikan kerana pada akan datang die dapat hidup dengan sendiri tanpa subsidi berterusan dari orang lain.




 
Blogger Templates